1. Apa Maksud 'Penggunaan ICT dalam P&P'?
- menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
2. Apa Maksud ICT untuk Pembelajaran Penerokaan?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
- mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal maklumat dan lain-lain
- mengalami, mempelajari, dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
- melihat demonsttrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
3. Apa Maksud ICT sebagai Alat Aplikasi?
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan
aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan
perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer
Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4. Apa Maksud ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT
pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut :
- teks
- grafik
- audio
- video
- kombinasi pelbagai mod
No comments:
Post a Comment