Followers

Seronok Bermain


Terdapat pelbagai laman web ''free online games' tersedia untuk kanak-kanak ;

1.  Dora Fairytale Fiesta


Permainan Dora Fairytale Fiesta yang terdapat dalam laman web y8 ini sangat menarik, ceria dan berwarna warni mampu menarik minat kanak-kanak untuk bermain. Apa yang paling menarik ialah permainan ini mengambil watak rancangan televisyen ''Dora The Explorer'' yang popular dalam kalangan kanak-kanak iaitu dora.Permainan ini sesuai dan mudah untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun kerana ia memfokuskan perkembangan awal matematik dan logik kanak-kanak berdasarkan kurikulum PERMATA yang mana ada antara permainan memerlukan kanak-kanak boleh membilang nombor yang mudah, boleh memadan objek, boleh guna nombor untuk mengira dan boleh menggunakan ICT. 

Permainan ini bukan sahaja membiarkan kanak-kanak bermain  tanpa ada pendekatan fokus tetapi permainan ini mengajak kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu kelainan yang terdapat dalam permainan ini ialah kanak-kanak boleh bermain sambil mendengar cerita yang diperdengarkan oleh fungsi kawalan audio. Suara yang diperdengarkan pula sangat menarik dengan intonasi suara yang berbeza oleh dora dan watak-watak yang lain seperti ahli sihir perempuan. Permainan ini seolah-olah kanak-kanak sedang bermain di dalam sebuah buku cerita dengan fungsi penyelak halaman. Jadi, kanak-kanak akan merasakan mereka benar-benar membaca buku cerita yang sebenar.

Lakaran kartunnya sangat cantik dan berwarna warni dengan pilihan font yang sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak. Selain itu, halaman buku ceritanya tidak sesak dengan teks. Walaupun cerita ini dalam bahasa Inggeris, namun jalan ceritanya telah digarap dengan kemas dan ayat Inggeris yang digunakan mudah dan sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tetapi kehadiran  ibu bapa atau orang dewasa sangat penting kepada kanak-kanak yang berusia tiga atau empat tahun ini untuk memastikan mereka lebih memahami jalan penceritaan permainan tersebut. 

Cara bermain permainan Dora Fairytale Fiesta ini adalah dengan membantu dora dan rakannya sampai ke istana raja untuk menghadiri sebuah majlis. Akan tetapi, seorang perempuan sihir telah mengapungkan istana tersebut dengan menggunakan sihirnya. Jadi, dora terpaksa mengharungi tiga halangan yang tersedia dengan bantuan peta untuk sampai ke sana.




Selain itu, permainan ini menghubungkan kanak-kanak dengan peningkatan perbendaharaan kata serta pengetahuan asas. Mengikut Haughland (1992), kanak-kanak yang didedahkan dengan komputer seawal usia tiga atau empat tahun mempunyai lebih manfaat dalam kecerdasan, kemahiran lisan, struktur pengetahuan, ingatan jangka panjang dan kemahiran konsep.






2.  Word Maze



Permainan Word Maze ini boleh didapati dalam laman web y8 sesuai dengan kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah iaitu lima hingga enam tahun. Permainan ini memerlukan pemikiran logik, kritikal dan penyelesaian masalah kanak-kanak yang mana memberi peluang kepada mereka untuk berfikir dalam konteks yang betul, selamat dan mencabar. Selain itu, permainan ini menghubungkan kanak-kanak dengan penerokaan yang membantu dengan kehadiran teks seterusnya membina strategi untuk memudahkan permainan. Permainan ini juga dapat meningkatkan fokus dan ingatan kanak-kanak.


Cara bermain Word Maze ini adalah dengan mencari perkataan mengikut turutan yang betul di dalam jalan-jalan yang berselirat sambil mengutip kacang untuk penambahan markah. Kanak-kanak perlu memastikan mereka menyelesaikan pencarian kesemua perkataan kerana terdapat haiwan lain yang akan menggangu dan mencuri kacang tersebut. Permainan berakhir apabila kesemua kacang dicuri atau kanak-kanak berjaya melepasi kesemua tahap yang semakin susah. 

Kanak-kanak akan terdorong untuk belajar permainan ini kerana maklum balas yang diberikan berbentuk galakan positif seperti perkataan ''well done'' ataupun markah yang tinggi dan kebenaran untuk bergerak ke tahap yang mencabar ketika berjaya.


Permainan ini tersedia dalam bahasa Inggeris yang mana ia dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata-kata bahasa kedua. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang dapat bertutur dalam dua bahasa lebih baik daripada kanak-kanak yang hanya dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja khususnya daripada segi analisis penaakulan, pembentukan konsep, pembentukan kognitif dan meta linguistik (Hakuta, Ferdman & Diaz, 1987). Peningkatan kemahiran membaca kanak-kanak dapat dijalinkan melalui kebolehan mereka mengucapkan apa yang tertulis pada paparan skrin komputer serta memahami makna perkataan ataupun ayat yang dibaca.  




































 





 








No comments: