Followers

Enjin Carian



Pada zaman yang serba canggih ini, kanak-kanak turut tidak ketinggalan menikmati arus perubahan teknologi maklumat. Di Internet, dianggarkan wujud puluhan bilion laman sesawang. Maka sudah tentu maklumat yang banyak ini boleh membantu kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Ia juga dapat meluaskan ruang lingkup minda mereka. 

Walaupun Internet menawarkan maklumat yang banyak, proses carian perlu dilakukan. Untuk memudahkan proses pencarian, kita disediakan dengan enjin carian popular seperti Yahoo! atau Google. Namun ada kalangan ibu bapa yang terpaksa menghabiskan masa berjam-jam mencari maklumat yang sesuai untuk anak mereka.

Masalah berpunca apabila enjin carian seperti Yahoo! atau Google tidak direka bentuk khas bagi kegunaan kanak-kanak. Sebagai contoh, walaupun enjin carian ini tidak mengandungi bahan berunsur lucah, namun ada kalanya kanak-kanak terdedah dengan paparan iklan yang memaparkan gambar-gambar yang tidak sesuai dilihat oleh mereka.

Selain itu, penggunaan enjin carian memerlukan anda memasukkan kata kunci carian yang tepat. Katakan anda ingin mencari tentang humor atau lawak untuk kanak-kanak. Jika anda cuma menaipkan kata kunci “humor”, pasti humor untuk orang dewasa juga dimasukkan dalam senarai hit carian.

Maka penulisan kali ini membincangkan antara enjin carian khas untuk kanak-kanak;


Yahoo! Kids


Yahoo! Kids dahulunya dikenali sebagai Yahooligans (www.yahooligans.com). Ia dilaporkan sebagai direktori carian yang pertama wujud sejak bulan Mac 1996. Direka bentuk khusus untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, kandungannya dipilih dengan teliti supaya menepati keperluan carian kanak-kanak. Kini Yahoo Kids juga mempunyai enjin carian dalam dua bahasa asing iaitu Jepun dan Korea.

Di Yahoo! Kids, senarai direktori utamanya dimasukkan dalam 10 kategori. Antaranya ialah games, music, movies, ask earl, jokes, sports, ecards, horoscope, studyzone dan parents. 

Ruangan utama enjin carian ini ialah zon belajar (studyzone).  Di sini disediakan maklumat berkaitan negara-negara di dunia (World Factbook). Maklumat negara yang disediakan termasuk peta, bendera, statistik, kerajaan dan matawang. Selain itu, dalam kategori study zone ini terdiri daripada dictionary (kamus) dan encyclopedia. Ini akan lebih memudahkan pencarian kanak-kanak tentang perkataan yang tidak diketahui atau mereka ingin membaca artikel-artikel pelbagai topik.


Bagi kanak-kanak yang meminati sains, Yahoo! Kids juga menyedikan ruang untuk mereka menerokai sains dalam kategori studyzone yang meliputi Supernova, NASA, Solar System dan Space Station. Apa yang paling menarik di sini ialah kanak-kanak boleh menonton video-video kajian sains. 


Pengetahuan kanak-kanak yang meliputi sekeliling mereka dapat ditingkatkan melalui ruang Ask Earl. Mereka juga boleh menanyakan soalan-soalan di sini dengan menaipnya di ruang ''Have a question for earl?''.

Untuk menu jokes (lawak) yang disediakan oleh Yahoo Kids terdapat lebih 2000 lawak disenaraikan merangkumi pelbagai tema seperti animal, food, health and food, holiday, music, people, school, science serta lain-lain. Apa yang menarik tentang jokes di Yahoo! Kids ini ialah lawaknya termasuk dalam lawak pandai (bukan lawak bodoh) kerana 85 daripadanya termasuk dalam lawak kategori sains.


Yahoo! Kids juga menyediakan menu khusus untuk ibu bapa (parents) sebagai panduan atau rujukan untuk mendidik kanak-kanak. Ibu bapa boleh mendapatkan pelbagai tips yang sangat berguna untuk anak-anak anda dalam ruangan menu tersebut. Ruangan ini direka khas khusus untuk  ibu bapa  supaya mereka dapat membantu kanak-kanak untuk merasai keseronokan semasa melayari Yahoo!Kids ini. Isu yang paling penting untuk ditangani dalam dunia internet sekarang ialah memastikan kanak-kanak dalam pengawasan yang selamat semasa menggunakan internet. Jadi, ibu bapa boleh memastikan keadaan yang selamat untuk anak-anak dengan bersama-sama menggunakan Yahoo!Kids. Selain itu, ibu bapa tidak perlu berasa susah lagi membuat keputusan untuk mencari bahan hiburan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat yang terkini di Yahoo Kids ini seperti 'online safety' dan 'kids entertainment'.


KidsClick!


Anda tidak perlu risau membiarkan kanak-kanak ‘bermain’ dengan enjin carian ini. Hal ini kerana pengurus laman KidsClick memastikan tiada laman sesawang yang tersenarai di sini yang bersifat ganas, melibatkan kebencian atau berkaitan aktiviti haram.

KidsClick menyenaraikan lebih kurang 5,000 laman sesawang yang disimpan dalam pelbagai kategori. Sebagai tambahan Laman Common Sense Media (commonsensemedia.org) yang membuat penilaian terhadap laman ini menyatakan bahawa ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke atas.

Kanak-kanak boleh mencari pelbagai maklumat di Kids Click ini daripada pelbagai kategori yang telah disenaraikan antaranya ialah Health and Family, Literature, Machines and Transportation, Reading, writing and Speaking, Science and Math, Society and Government serta lain-lain kategori. Ataupun kanak-kanak boleh mencari info yang dikehendaki berdasarkan carian huruf abjad a,b,c,d,...


Selain itu, KidsClick menghubungkan pencarian kanak-kanak kepada 'Digital Media' seperti pictures, sound dan music. Melalui penghubung yang telah disenaraikan oleh KidsClick dalam ruangan 'Digital Media', kanak-kanak akan memperolehi maklumat atau info yang lebih menarik, meneroka sesuatu yang baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. 

KisdsClick turut memudahkan pencarian menghubungkan kanak-kanak dengan dunia internet sekarang melalui ''Dewey Decimal Search'' seperti 000s, 004s-005s, 130s, 200s, 300s, 400s, 630s-640s, 789-792 sehinggalah pencarian yang terakhir iaitu 900s. 



Kidsites


Sebagai satu direktori bagi carian maklumat kanak-kanak, pautan-pautan ke laman lain dipilih dengan teliti. Ini bagi memastikan bahan yang disediakan pada laman sesawang yang dipautkan sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Menu utama untuk kanak-kanak dikategorikan untuk kanak-kanak kecil, prasekolah dan sekolah rendah. Juga disediakan direktori khas untuk guru dan ibu bapa.

Terdapat banyak perisisan yang telah dipilih, sesuai untuk tahap umur kanak-kanak yang dikategorikan. Kebanyakan pencarian dihubungkan terus kepada pelbagai jenis aktiviti seperti games, coloring, stories, songs and music, crafts and activities, events and celebrations, e-cards, cyberkids, science and nature, dan outdoor activities. 

Selain itu, guru turut sama boleh melayari enjin carian ini kerana disini terdapat menu yang dikhaskan untuk pencarian guru kepada bahan-bahan pengajaran seperti lembaran kerja, contoh rancangan mengajar (lesson plan), tidak ketinggalan senarai laman web yang sesuai untuk guru mencari maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Bagi ibu bapa pula, enjin carian ini tidak ketinggalan untuk menghubungkan mereka kepada pencarian tentang motherhood, fatherhood, tips (expert advice, raising kids, dicipline), toddlers/kids health and well being (food &nutrition, disease, medicine), fun stuff, child care, internet issues (internet safety), dan lain-lain.

Laman ini dikelolakan oleh syarikat UptoTen dari negara Mauritius. Editor kandungannya telah melayari dan menguji lebih 5,000 laman kanak-kanak. Hanya 1,000 sahaja yang paling menarik disenaraikan. Di sini, kanak-kanak boleh bermain secara 'online' sama ada percuma ataupun berbayar yang terdiri daripada games, coloring, animated cards, search (educational categories atau games categories), Boowa and Kwala (animated storybooks, songs, games, coloring )






Fact Monster



Laman yang dipunyai oleh Pearson Education ini mempunyai maklumat yang sangat banyak. Ia bukan sekadar enjin carian untuk kanak-kanak tetapi juga bertindak seolah-olah sebuah ensiklopedia di alam maya. Kategori utama maklumatnya termasuk berkaitan dunia, sukan, sains, matematik dan wang serta banyak lagi.

Turut disediakan di laman ini ialah meja rujukan (reference desk). Ia membantu anak anda menyiapkan kerja rumah dengan pantas dan berkesan melalui Homework Center.




























No comments: