Followers

Web Menarik




Teknologi dan aplikasi Internet kini muncul sebagai media yang sangat berkesan terutama bagi tujuan pembelajaran. Buktinya muncul beribu-ribu, malah mungkin mencecah jutaan laman web berkaitan pembelajaran. Namun satu perkara penting yang harus diketahui oleh para ibu bapa ialah konsep pembelajaran bagi kanak-kanak harus diselit dengan unsur keseronokan.

Menurut kajian pakar, pendekatan bermain sambil belajar (edutainment) dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak. Ia juga mampu membakar semangat ingin tahu dalam diri mereka melalui aktiviti penerokaan dan penemuan. Selain itu ia juga boleh memperkemas kemahiran motor kasar dan halus jari-jemari mereka hasil interaksi dengan tetikus. Selain itu, pendekatan edutainment juga mampu mencetus pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan kanak-kanakPenulisan kali ini mengupas beberapa laman web yang pasti menarik perhatian kanak-kanak. Paling penting dalam keseronokan mereka bermain, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang belajar.




1.  ZiggityZoom


Jadi, apa yang menarik dalam laman web tersebut? Laman ZiggityZoom mengambil seekor arnab bernama BunBun sebagai maskotnya. ZiggityZoom menggunakan motto ''Sparking Kids Imagination" yang mana laman ini memfokuskan ke arah perkembangan cetusan imaginasi kanak-kanak. 


Terdapat kira-kira sepuluh menu panduan yang disediakan untuk orang dewasa seperti ibu bapa, kakak, abang, dan guru sebagai persediaan mereka menyediakan pembelajaran kanak-kanak. Antaranya ialah;

1.  Family - menu yang disediakan untuk mendapatkan tips bagaimana pendekatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa untuk menjaga dan mengeratkan hubungan kanak-kanak dengan keadaan sekelilingnya terutama sekali ibu bapa dan adik-beradik.

Antara kandungan yang terdapat dalam kategori family ini ialah ;

2.  Crafts - pelbagai jenis aktiviti seni dan kreativiti yang disediakan untuk panduan orang dewasa dalam pembelajaran kanak-kanak. Antaranya ialah menggunting, menampal, membuat kolaj, kraf daripada bahan terbuang dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh laman web ini sebenarnya melatih perkembangan motor halus kanak-kanak, memperkembangkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dan sebagainya.

Antara kandungan yang terdapat dalam kategori crafts ini ialah;
                                                                               

   

3.  Food - Pelbagai jenis menu makanan yang dicadangkan oleh kategori food ini sama ada untuk penyediaan sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. Terdapat menu makanan yang dikhususkan untuk santapan kanak-kanak, dan tidak lupa juga untuk makan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Apa yang menarik di dalam kategori ini ialah variasi menu makanan yang dicadangkan seperti roti, sayur-sayuran, buah-buahan yang mana kategori ini bukan sahaja memfokuskan menu untuk snek tetapi untuk menu makanan yang berkhasiat. Selain itu, di sini terdapat cara-cara bagaimana penyediaan makanan-makanan tersebut dengan sukatan yang betul dan cadangan hiasan yang sangat kreatif untuk menarik minat kanak-kanak terhadap makanan. Kategori ini turut menyenaraikan tips bagaimana menjalankan kaedah mengelakkan kanak-kanak daripada makan snek yang tidak berkhasiat atau 'junk food'. Bagi kanak-kanak yang telah dikenalpasti mempunyai minat dalam bidang masakan sejak kecil, kategori ini tidak ketinggalan mencadangkan senarai buku-buku yang boleh dibeli untuk kanak-kanak belajar memasak. Antaranya ialah The Kid's Cookbook, The Everything Kids' CookbookC is for Cooking, dan Kids' Fun and Healthy Cookbook. Terdapat juga tips yang membantu orang dewasa memilih makanan yang berkhasiat selaras dengan tahap umur kanak-kanak. 

Antara kandungan yang terdapat dalam kategori food ini ialah;




4.  Printables - Terdapat pelbagai jenis lembaran kerja untuk kanak-kanak sama ada berbentuk akademik atau untuk seni kreatif yang boleh dicetak. Antara lembaran kerja yang disediakan adalah untuk mengajar kanak-kanak menggunting, menampal, mewarna, melukis, menulis, belajar abjad dan nombor, konsep kiri dan kanan, seni  dan sebagainya.


Antara kandungan yang terdapat dalam kategori printables ini ialah;

5.  Learning - Untuk kategori Learning dalam laman web ini, terdapat pelbagai jenis lembaran kerja (worksheets) dan kad imbas (flashcards) yang boleh dicetak, kebanyakannya dalam bentuk akademik untuk sesi pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, orang dewasa boleh mendapatkan tips seperti cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebagai persediaan kanak-kanak ke pra-sekolah, cara untuk mengatasi masalah membaca kanak-kanak, pendapat mengapa kanak-kanak sekarang memerlukan teknologi dan pembelajaran kanak-kanak pra-sekolah sebenarnya perlu menggabungkan sosialisasi postif antara kanak-kanak, rakan sebaya dan guru. Selain itu, kategori ini turut menyenaraikan laman-laman web yang terbaik kepada ibu bapa untuk penyediaan aktiviti 'homeschooling' seperti Donna YoungChristian BookTeacher Store House dan lain-lain. 


Antara kandungan yang terdapat dalam kategori 'learning' ini ialah;




6.  Technology - Laman web ZiggityZoom ini telah memperkenalkan salah satu kategori teknologi yang memainkan peranan sangat penting pada dunia sekarang untuk perkembangan kanak-kanak yang berterusan. Kebanyakan aplikasi yang disenaraikan adalah untuk permainan games di iPhone, iPad, Android atau komputer. Ibu bapa boleh memuat turun games tersebut secara percuma atau bayar. 


Antara kandungan yang terdapat dalam kategori teknologi ini ialah;




Aplikasi Games 
di dalam iPhone, iPad dan Android







7.  Blog - Untuk kategori ini menceritakan pengalaman seseorang untuk dikongsi bersama-sama dengan pembaca terutamanya orang dewasa seperti ibu bapa sebagai panduan pendekatan kepada kanak-kanak, contohnya, pengalaman seseorang itu menjadi 'parent volunteer'. Selain itu, terdapat cadangan atau pandangan yang dihujahkan sebagai contoh bagaimana untuk mendidik kanak-kanak menjaga perilaku.

Antara kandungan yang terdapat dalam kategori blog ini ialah;

8.  Kids - Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti yang telah digabungakan daripada kategori-kategori yang lain, khusus untuk kanak-kanak seperti lembaran kerja (worksheets), seni kreatif, resepi makanan dan sebagainya.


Seterusnya, terdapat enam menu utama untuk kanak-kanak melayari laman web ZiggityZoom ini yang terdiri daripada games, colouring, stories, playworlds, activities dan videos.


1.  Games (Permainan) - kategori permainan dalam laman web ini adalah yang paling disukai oleh  kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis permainan yang menguji minda kanak-kanak untuk mengingat dan mengaplikasi kreativiti serta imaginasi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain secara 'online' di kebanyakan permainan yang disediakan di laman ini. 

Antara kandungan permainan yang disenaraikan dalam laman web ZiggityZoom ini ialah;

2.  Mewarna (colouring) - Terdapat pelbagai jenis tema yang disenaraikan dalam kategori mewarna untuk kanak-kanak ini seperti haiwan, kenderaan, BunBun dan sebagainya. Kanak-kanak boleh mewarna secara 'online' di dalam laman web ini atau cetak helaian kerja tersebut kemudian warnakan sendiri menggunakan pensil kaler atau krayon.










3.  Bercerita (stories) - Laman web ini memfokuskan pengalaman keseronokan semasa aktiviti membaca kanak-kanak. Buku cerita interaktif yang disediakan di laman ini disediakan dengan fungsi penyelak halaman. Dengan itu, kanak-kanak akan merasakan mereka benar-benar sedang membaca buku sebenar. Walaupun lakaran kartunnya agak mudah dan kurang kompleks, namun jalan ceritanya telah digarap dengan kemas. Selain itu, halaman buku ceritanya tidak sesak dengan teks. Pilihan fon juga menarik dan mudah dibaca. Di samping itu, fungsi kawalan audio juga disediakan. Ini bermakna kanak-kanak boleh memilih sama ada untuk membaca buku sambil mendengar teksnya dibacakan atau sebaliknya.

Antara kandungan yang terdapat dalam kategori bercerita ini yang pasti menarik perhatian kanak-kanak ialah;

4.  Playworlds - Laman web ZiggityZoom ini turut menyediakan sebuah permainan iaitu 'Knight and Dragon World' yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan karakter-karakter dalam permainan tersebut. Playworlds ini sebenarnya mengajak kanak-kanak meneroka pengalaman baru apabila mereka merasai keseronokan dengan permainan dan aktiviti yang mencabar.

5.  Activities - aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam kategori ini kebanyakannya memfokuskan untuk perkembangan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Terdapat aktiviti-aktiviti yang turut melibatkan penglibatan orang dewasa. Antara aktiviti yang menyeronokkan termasuk dalam fokus;


6.  Videos - Video-video yang disenaraikan oleh laman web ini sesuai untuk orang dewasa sebagai panduan untuk sesi pembelajaran kanak-kanak. Antaranya ialah;


Kelebihan Penggunaan Laman Web ZiggityZoom
  • Walaupun laman ini memperlihatkan motto ''Sparking Kids Imagination'' pada laman utama, ini tidak bermakna aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak memenuhi perkembangan yang lain untuk kanak-kanak seperti perkembangan motor halus, kognitif (matematik), bahasa, daya kreativiti dan lain-lain.
  • Laman web ZiggityZoom turut memfokuskan pelbagai menu untuk panduan orang dewasa. Ini bermakna laman ini mementingkan penyediaan aktiviti untuk kanak-kanak bersama-sama dengan orang sekeliling supaya kanak-kanak dapat bersosial apabila mengaplikasikan aktiviti-aktiviti tersebut semasa sesi pembelajaran
  • Memudahkan guru atau ibu bapa untuk mencari bahan pengajaran di luar sesi pembelajaran menggunakan internet, contohnya lembaran kerja (worksheets) boleh dicetak.
  • Mengajak kanak-kanak untuk meneroka sesuatu yang baru apabila mereka bermain games, membaca secara 'online', mewarna dan sebagainya.
  • Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan sangat menarik perhatian kanak-kanak dengan cadangan hiasan yang berwarna-warni untuk terutamanya untuk kategori makanan dan seni kraf

Kelemahan Penggunaan Laman Web ZiggityZoom
  • Senarai menu-menu yang tidak berapa jelas dan tersusun yang hanya memeningkan pembaca terutama sekali kanak-kanak apabila melayari laman ini sendirian. 
  • Boleh menjejaskan penglihatan kanak-kanak apabila terlalu lama menggunakan laman web ini
  • Kandungan aktiviti yang berulang kali dilihat pada menu atau kategori yang berlainan. Ini bermaksud, kandungan aktiviti yang disenaraikan dalam kategori foods turut sama kelihatan dalam kategori kids.
  • Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan sesuai untuk kanak-kanak pada tahap umur lima hingga enam tahun (pra-sekolah). Ini akan menyukarkan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah atau atas daripada kanak-kanak prasekolah kerana aktiviti tersebut tidak sesuai untuk tahap umur mereka.
  • Mengakibatkan kesan yang berpanjangan iaitu tiada sosialisasi antara kanak-kanak dengan orang sekeliling dan kurang aktif kerana tiada pergerakan yang dilakukan di luar rumah sekiranya kanak-kanak mengalami ketagihan bermain di laman web ini







No comments: