Followers

Wednesday, 7 March 2012

Komputer Sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran


Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer. Melalui komputer kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri. 

Melalui penggunaan komputer, kanak-kanak diberi kebebasan membuat pilihan daripada segi jenis tahap pembelajaran yang mereka ingin ikuti. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisisan komputer. Sepanjang proses pembelajaran berbantu komputer, kanak-kanak dibenarkan belajar dalam suasana yang selesa, tanpa rasa malu dan bersalah. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Elis (1997) menunjukkan bahawa melalui penggunaan komputer, kanak-kanak dapat:
  • Menulis dan menghasilkan sesuatu yang kreatif
  • Mengurangkan kebimbingan apabila melakukan kesilapan
  • Kepuasan dan keyakinan dengan tulisan mereka kerana teks mereka kelihatan lebih baik
  • Mengurangkan masalah menulis atas sebab kawalan motor
  • Kemudahan untuk menyemak hasil kerja mereka
  • Meneruskan sesuatu kerja kerana mereka tahu bahawa mereka akan diberitahu cara untuk meneruskan kerja
Kanak-kanak terdorong untuk belajar dengan penggunaan komputer kerana maklum balas yang diberi oleh komputer berbentuk (i) nasihat yang neutral seperti memberi jawapan yang betul ataupun dengan kenyataan  ''cuba lagi'; apabila mereka melakukan kesalahan, dan ( ii) galakan positif seperti perkataan ''menakjubkan'' ataupun markah yang tinggi dan kebenaran bergerak ke tahap yang lebih mencabar ketika berjaya.

Tuesday, 6 March 2012

Penyelesaian Isu Penggunaan ICT


  • Pemilihan Program dalam Internet

Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulah mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer serta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidang terjun.

Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak di kalangan kanak-kanak. Prof. Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (Berita Harian, March 1999).


  • Perancangan yang Teratur
Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia dan memastikan tiada masalah semasa murid menjalankan aktiviti. Selain itu, guru harus menentukan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Guru juga perlu membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru hendaklah menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak pada penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan produk software untuk kanak-kanak menumpukan dalam mencari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (Doris Bergen, 2001) 


  • Cadangan lain
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping pendekatan ''belajar melalui bermain'', ''bertema'', dan ''bersepadu''. Namun begitu, pendekatan ICT dan penggunaan komputer masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan dan sebagai guru, kita perlu berusaha untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi pendekatan ini supaya kanak-kanak akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya. 

Sebagai seorang guru haruslah peka kepada kemajuan dan pemodenan global. Oleh itu mereka seharusnya tidak membiarkan murid-murid ketinggalan dalam arus pemodenan dan komputer merupakan satu komponen yang penting dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan semua itu dan perlu diwujudkan di kelas tadika atau prasekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti lain yang membina dan bermakna seperti seni, main air, main pasir, muzik dan gerakan, penerokaan di luar, main peranan dan aktiviti bahasa dan literasi merupakan perkara penting dalam membangukan perkembangan JERIS kanak-kanak namun ICT juga harus dimasukkan agar dapa diintegrasikan dengan komponen-komponen tersebut agar dapat saling melengkapi. ICT perlu diperkenalkan di peringkat tadika atau prasekolah lagi dan digunakan dengan luas agar di peringkat yang tinggi, mereka tidak akan menghadapi masalah besar semasa mempelajarinya.

Guru bertanggungjawab dalam mengintegrasikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisisan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang digunakan dalam p&p. Guru boleh menggunakan ''freeware'' yang developmentally appropriate untuk melengkapi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan pengalaman belajar kanak-kanak lebih seronok dan bermakna lagi. 










Kelemahan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Kanak-Kanak



  • Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negatif. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.

  • Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.



  • Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalam mereka disekeliling.



  • Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.



  • Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. 



  • Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.



Kepentingan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Kanak-Kanak



  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 


  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


  • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 


  • Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.


  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 


  • Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

  • ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda

  • ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.

  • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

  • Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka

  • Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru







Monday, 5 March 2012

Penggunaan Perisisan dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak



ICT dalam Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan P&P. 

Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah, penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidiikan Awal kanak-kanak juga, pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak- kanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak kira di mana juga. Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah. 

Penggunaan bahan ICT agak terkenal di Negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio di mana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus:whale and dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. 

Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001). 


Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran


1.  Apa Maksud 'Penggunaan ICT dalam P&P'?
  • menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

2.  Apa Maksud ICT untuk Pembelajaran Penerokaan?

     Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal maklumat dan lain-lain
  • mengalami, mempelajari, dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demonsttrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui  ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran totorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

3.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Aplikasi?
     
    ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan 
    pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan
    aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan
    perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer
    Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
    membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

4.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

   ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada
   lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT
   pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut : 
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • kombinasi pelbagai mod

     

  

Apakah Itu ICT?


Definisi ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komuniksi Maklumat. Teknologi Maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untu mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.  

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system encoding a message so that it can be stored, retrieved, and manipulated and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation". Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.


Definisi Komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricablylinked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit dan telegraf. 

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan greek 'tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk teks, grafik, suara animasi dan maya. 

Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global. 





.